Monday, March 11, 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum..

Sabtu yang lepas merupakan hari di mana salah seorang pensyarah senior dari FSKM telah meninggal dunia kerana serangan asma.. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang sangat-sangat saya hormati dan saya kagumi sepanjang saya menjadi pengajar di UiTM ini.. Beliau jugalah yang merupakan salah seorang panel semasa saya ditemubual untuk bekerja di UiTM Melaka ini 3 tahun yang lepas.. Beliau jugalah yang mengubah hidup saya menjadi penjawat awam yang lebih baik saban hari..

Masih ingat lagi nasihat dari beliau mengenai kepentingan untuk membantu rakan-rakan dalam satu fakulti dan bukannya bersifat "selfish" untuk kepentingan diri sendiri.. Nasihat yang beliau beri menyedarkan saya bahawa kita dalam fakulti ini haruslah hidup sebagai satu keluarga dan perlu saling membantu di antara satu sama lain..

Perwatakan beliau yang sangat sempoi dan kadangkala kelam kabut sangat-sangat disenangi oleh kami semua.. Beliau adalah pensyarah yang sangat pentingkan kebajikan pelajar.. Seringkali beliau turut menangis atas masalah yang dihadapi oleh para pelajar yang diketahuinya... Penampilannya biasa sahaja namun terselindung ketegasan di dalam dirinya...


Al-fatihah kepada Allahyarhamah Pn. Zurina bt Mohd Yusof..


Semoga ALLAH merahmati perjalanannya disana, semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya, semoga ALLAH ampunkan segala dosanya, semoga ALLAH terangi kuburnya dengan sinaran iman, semoga ALLAH tempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman...


MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS....


No comments: